Kenangan tetap kenangan... sepanjang hampir 16 tahun diri saya berkecimpung dalam dunia pendidikan inilah pertama kalinya saya diraikan oleh Pusat Tuisyen, kenangan yang paling berharga dan saya rasa amat puas sekali mungkin inilah hadiah yang paling berharga sepanjang kerier saya, yang lebih menakjubkan rakan-rakan seperjuangan juga terdiri daripada pelbagai latarbelakang kerjaya dan kami telah dikumpulan dalam satu tempat dan dalam satu kerjaya, iaitu guru. kami dipanggil `cikgu', saya berbangga dengan kerjaya saya. Terima kasih tak terhingga kepada cikgu Farah kerana telah menghadiahkan saya sebuah Nota yang kini sentiasa di dalam beg saya..dan yang paling istimewa Mr Lee.. yang sentiasa bersemangat setiakawan

dengan rakan-rakan.. terima kasih juga kerana telah meraikan hari jadi saya dengan rakan yang lain... kepada semua rakan-rakan tutor.. I luv u all....